Sunday, May 24, 2009

Kitchen Garden: Gotong-royong Terhebat

Alhamdulillah, hari ini program gotong-royong berjalan dengan lancar. Pelajar praktikal Muslim Aid iaitu Izham, Naim, Ika dan Alias bersama rakan-rakan mereka dari UM dan tidak lupa Ain dan keluarganya bersama-sama membersihkan lokasi baru untuk tanaman kitchen garden. Turut serta seorang pelajar dari Jepun (student exchange) turut serta dalam gotong-royong ini. Tempat asalnya yang amat semak dengan sampah sarap, ranting dan dahan pokok, ketulan-ketulan simen, batu bata telah berjaya dibersihkan sepenuhnya. Kira-kira hampir 30 orang bersama anak-anak ASDAF terlibat dengan gotong-royong ini. Program ini bermula jam 9 pagi dan selesai pada jam 12.30 tengahari. Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat. Moga usaha ini mendapat ganjaran yang baik, insyaAllah.

anak-anak ASDAF yang gigih

membersihkan rating dan dahan

Naim menggergaji dahan pokok

tempat yang perlu dibersihkan untuk kitchen garden

sukarelawan dari UM

anak-anak ASDAF bersama pelajar dari Jepun

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia


Friday, May 15, 2009

My Kitchen Garden:Terung, Labu, Cili dan Bendi

Alhamdulillah, kitchen garden telah mengeluarkan hasil lagi dan kali ini ialah kacang panjang, bendi dan cili. Buah labu dan terung pula sudah mula berbuah selepas beberapa kali buah tersebut diserang burung. Projek My Kitchen Garden fasa 2 ini akan diteruskan oleh pelajar praktikal dari UM iaitu Izham, Naim dan Ika. Mereka akan bertanggungjawab untuk membuat sebuah buku manual untuk cara-cara menanam serta penjagaan. Buku manual ini akan dalam bentuk cetakan dan juga pdf. Apabila buku ini siap, orang ramai bolehlah muat turun secara percuma atau datang sendiri ke pejabat Muslim Aid untuk salinan percuma.

pokok terung yang sudah mula berbuah

pokok cili

anak-anak ASDAF bersama pokok bendi

pokok labu yang mula berbuah

Muhammad bin Kamarulazizi
Supervisor My Kitchen Garden