Limau Kasturi di Kitchen Garden ASDAF
Get your hydroponic E-book!
Sebuah Projek Amal Anjuran Muslim Aid Asia di Asrama Darul Falah (ASDAF). Muslim Aid Asia mengalu-alukan sumbangan seperti anak pokok buah, benih dan baja organik. Boleh hubungi pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996
Alhamdulillah, hari ini program gotong-royong berjalan dengan lancar. Pelajar praktikal Muslim Aid iaitu Izham, Naim, Ika dan Alias bersama rakan-rakan mereka dari UM dan tidak lupa Ain dan keluarganya bersama-sama membersihkan lokasi baru untuk tanaman kitchen garden. Turut serta seorang pelajar dari Jepun (student exchange) turut serta dalam gotong-royong ini. Tempat asalnya yang amat semak dengan sampah sarap, ranting dan dahan pokok, ketulan-ketulan simen, batu bata telah berjaya dibersihkan sepenuhnya. Kira-kira hampir 30 orang bersama anak-anak ASDAF terlibat dengan gotong-royong ini. Program ini bermula jam 9 pagi dan selesai pada jam 12.30 tengahari. Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat. Moga usaha ini mendapat ganjaran yang baik, insyaAllah.Membendung kesan kenaikan kadar inflasi akibat kenaikan harga makanan di pasaran dengan mengurangkan kos pembelian sayur – sayuran di samping dapat meringankan beban kewangan ASDAF .
Memberi pendedahan kepada penghuni ASDAF terutamanya yang masih di peringkat persekolahan tentang khasiat dan kelebihan sayur – sayuran yang ditanam sendiri dalam menu seharian mereka.
Untuk memberi kefahaman tentang penjagaan alam sekitar dan makanan yang berkhasiat. Sekuriti makanan yang ditanam sendiri lebih terjamin dan sayur-sayuran merupakan nutrisi terbaik dalam proses tumbesaran
Memberi dan melatih penghuni ASDAF tentang kemahiran bercucuk tanam, menyemaikan sifat menghargai tanah dan berusaha memanfaatkan hasilnya supaya kemahiran - kemahiran ini boleh digunakan kelak.
Menyokong dan memberi kesedaran kepada ASDAF dan masyarakat umum tentang kelebihan pertanian lestari (sustainable) yang memberi manfaat kepada ekonomi negara, tidak mencemarkan alam sekitar dan sebagai sumber pendapatan ASDAF.