Monday, November 23, 2009

Kembali dengan Kitchen Garden


Hari ini saya bersama keluarga berkesempatan untuk melawat anak-anak ASDAF yang masih di asrama untuk peperiksaan SPM. Saya ke tapak My Kitchen Garden dan dapati kawasannya sudah diluaskan. Ini adalah usaha Pak Karim, salah seorang warden di ASDAF yang telah membina pagar kitchen garden ini. Katanya, masa cuti sekolah ini, bolehlah tanam lagi pokok-pokok serta sayuran di kitchen garden ini. Tanah dah subur kembali kerana hampir setiap hari hujan. Selepas ini, saya ingin dapatkan anak-anak pokok untuk ditanam di sini. Pada pembaca blog ini, kiranya anda juga boleh turut serta untuk hidupkan kembali projek My Kitchen Garden ini dengan menyumbang anak-anak pokok. Anak-anak pokok yang dikenalpasti untuk ditanam seperti anak pokok betik, limau purut, limau kasturi dan pokok-pokok lain yang dapat hidup lama.


cili dari My Kitchen Garden

pangkin yang dibina menggunakan buluh

pagar baru My Kitchen Garden

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, June 16, 2009

Update Kitchen Garden: Terung, Ubi Kayu dan Serai!

Projek My Kitchen Garden telah membuahkan hasil lagi. Dan kali ini ubi kayu, serai dan terung. Pelajar praktikal Naim, Izham dan Alias tiba jam 3 di ASDAF untuk mula membersihkan tapak kitchen garden yang telah ditinggalkan selama dua minggu semasa cuti sekolah. Aktiviti membersihkan kitchen garden ini akan mengambil masa seminggu supaya kitchen garden kelihatan cantik seperti asal.

Nurin bersama serai

anak-anak ASDAF bersama ubi kayu

pokok limau kasturi

Kiki bersama terung dan pokok jagung

Muhammad bin Kamarulazizi
Supervisor My Kitchen Garden

Sunday, May 24, 2009

Kitchen Garden: Gotong-royong Terhebat

Alhamdulillah, hari ini program gotong-royong berjalan dengan lancar. Pelajar praktikal Muslim Aid iaitu Izham, Naim, Ika dan Alias bersama rakan-rakan mereka dari UM dan tidak lupa Ain dan keluarganya bersama-sama membersihkan lokasi baru untuk tanaman kitchen garden. Turut serta seorang pelajar dari Jepun (student exchange) turut serta dalam gotong-royong ini. Tempat asalnya yang amat semak dengan sampah sarap, ranting dan dahan pokok, ketulan-ketulan simen, batu bata telah berjaya dibersihkan sepenuhnya. Kira-kira hampir 30 orang bersama anak-anak ASDAF terlibat dengan gotong-royong ini. Program ini bermula jam 9 pagi dan selesai pada jam 12.30 tengahari. Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat. Moga usaha ini mendapat ganjaran yang baik, insyaAllah.

anak-anak ASDAF yang gigih

membersihkan rating dan dahan

Naim menggergaji dahan pokok

tempat yang perlu dibersihkan untuk kitchen garden

sukarelawan dari UM

anak-anak ASDAF bersama pelajar dari Jepun

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia


Friday, May 15, 2009

My Kitchen Garden:Terung, Labu, Cili dan Bendi

Alhamdulillah, kitchen garden telah mengeluarkan hasil lagi dan kali ini ialah kacang panjang, bendi dan cili. Buah labu dan terung pula sudah mula berbuah selepas beberapa kali buah tersebut diserang burung. Projek My Kitchen Garden fasa 2 ini akan diteruskan oleh pelajar praktikal dari UM iaitu Izham, Naim dan Ika. Mereka akan bertanggungjawab untuk membuat sebuah buku manual untuk cara-cara menanam serta penjagaan. Buku manual ini akan dalam bentuk cetakan dan juga pdf. Apabila buku ini siap, orang ramai bolehlah muat turun secara percuma atau datang sendiri ke pejabat Muslim Aid untuk salinan percuma.

pokok terung yang sudah mula berbuah

pokok cili

anak-anak ASDAF bersama pokok bendi

pokok labu yang mula berbuah

Muhammad bin Kamarulazizi
Supervisor My Kitchen Garden

Tuesday, April 14, 2009

My Kitchen Garden: Cili, Terung dan Kacang Panjang!


Alhamdulillah, My Kitchen Garden mengeluarkan hasil lagi, dan kali ini beberapa batang cili dapat dipetik. Pokok-pokok yang lain yang sudah mula berbuah ialah pokok terung, kacang panjang dan juga bendi. Pokok labu dan limau purut pula sudah mula berbunga. Semalam Faliada (14 tahun) telah meletakkan baja pada setiap pokok di My Kitchen Garden.

pokok cili mula mengeluarkan hasil

pokok kacang panjang

pokok terung

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia


Thursday, March 26, 2009

My Kitchen Garden: Bendi!!!


Alhamdulillah, Kitchen Garden fasa 2 ini telah mengeluarkan hasil yang pertama iaitu sayur bendi. Bendi ini telah mengeluarkan hasil selepas sebulan disemai dan kemudian ditanam di Kitchen Garden, ASDAF. Pokok-pokok lain juga sudah mula mengeluarkan hasil seperti cili, limau kasturi dan labu.

Khairi bersama bendi

pokok cili mula mengeluarkan hasil

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Tuesday, March 17, 2009

Kitchen Garden: Pokok-pokok Mula Berbunga


Alhamdulillah, pokok-pokok di My Kitchen Garden sudah mula berbunga. Pokok cili, bendi, limau purut dan pokok labu sudah menghasilkan bunga, dan insyaAllah akan menghasilkan buah dalam masa seminggu lagi. Baja organik juga telah ditaburkan hari ini untuk mengekalkan kesuburan pokok-pokok di My Kitchen Garden.

pokok bendi mula berbuah

Faliada menaburkan baja pada sayuran

pokok labu yang subur

pokok limau purut juga sudah berbunga

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia