Thursday, February 26, 2009

200 batang serai di Kitchen Garden

Lokasi: Asrama darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 26 Feb 09

Masa: 5.30pm

Alhamdulillah semalam projek My Kitchen Garden di ASDAF mengeluarkan hasil lagi. Lebih kurang 200 batang serai telah diperoleh, dan suku dari serai-serai tersebut telah diberikan kepada tukang masak ASDAF. Selebihnya pula telah dijualkan kepada guru-guru tusyen ASDAF. Satu ikat serai mempunyai dari 8 batang ke 10 batang, dan dijual dengan harga RM1. Duit tersebut diberikan terus kepada anak-anak ASDAF yang telah rajin berusaha menjaga My Kitchen Garden.

Arin mendapatkan serai

serai-serai dibersihkan

pokok labu yang mula membesar


RM1 setiap ikat!

Pokok-pokok lain seperti terung, pokok labu dan pokok kacang sudah mula membesar. Semoga mereka yang telah menyumbang untuk projek My Kitchen Garden ini mendapat rahmat dariNya.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Monday, February 23, 2009

My Kitchen Garden Terima Lagi Anak Pokok

Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 21 Feb 09

Masa: 2pm

Alhamdulillah, hari Sabtu yang lepas, sekumpulan sukarelawan dari Universiti Malaya telah ke ASDAF untuk berkongsi info dan pengetahuan tentang kitchen garden. Kali ini pegawai dari Jabatan Pertanian Gombak juga turut hadir berkongsi input-input yang cukup bermakna. Projek My Kitchen Garden ini telah menerima sumbangan anak-anak pokok dari sukarelawan UM serta dari Jabatan Pertanian. Antara pokok yang telah ditanam ialah anak pokok nangka, cili merah, dan daun kari. Sukarelawan UM memberi pendedahan kepada anak-anak ASDAF tentang kepentingan kitchen garden serta penanaman pokok secara kesuluruhan. Pegawai dari Jabatan Pertanian pula telah mengajar cara-cara untuk menjaga anak-anak pokok, serta kaedah penggunaan baja dan racun organik. Kami di YKMAM mengucapkan terima kasih atas usaha sukarelawan UM dan pegawai dari Jabatan Pertanian Gombak yang telah bersama-sama menjayakan kesinambungan My Kitchen Garden Fasa II ini.

cop tangan pada banner

pegawai dari Jabatan Pertanian Gombak memberi taklimat

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Friday, February 20, 2009

Rakaman Dokumentari Muslim Aid untuk Kitchen Garden


Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 19 Feb 09
Masa: 3pm

Alhamdulillah hari ini pihak JAKIM - RTM telah menyambung rakaman untuk dokumentari Muslim Aid dan kali ini di ASDAF. Rakaman kali ini meliputi program Orphan Aid yang merangkumi bantuan dalam bentuk pendidikan dan juga projek My Kitchen Garden. InsyaAllah tayangan mengenai dokumentari ini akan ditayangkan di RTM1 pada 9 Mac 2009 sempena dengan Maulidul Rasul. Masanya belum dikenalpasti lagi.



Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia