Friday, July 25, 2008

Update Kitchen Garden!

Pokok Kailan yang semakin membesar

pokok ubi kayu yang mula mengeluarkan tunas

pokok sawi

Pokok bayam yang semakin membesar

buah limau kasturi yang membesar

pokok cili padi

pokok petola

Semalam sempat saya menjenguk kitchen garden di ASDAF. Setiap pagi dan petang, anak2 ASDAF akan menyiram dan setiap 2 minggu akan menaburkan baja pada setiap tanaman. Alhamdulillah pokok2 semua tumbuh dengan subur:)

Gambar bersama anak2 ASDAF di sini!

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia


Friday, July 18, 2008

Kitchen Garden mula membuahkan hasil!

Siti bersama cili padi yang telah dipertik


Tarikh: 18 Julai 08
Masa: 5.30-6.45pm
Lokasi: ASDAF

Semalam Projek Kitchen Garden mula membuahkan hasil. Pokok cili padi yang ditanam kini sudah boleh dipetik. Kayu2 juga telah dipacak di bahagian pokok kacang panjang, untuk memudahkannya menjalar! Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan bantuan dalam menjayakan projek Kitchen Garden ini!

Cik Jenora bersama donut untuk anak-anak ASDAF

Kayu untuk pokok kajang panjang menjalar

Pokok-pokok lain seperti pokok limau kasturi, limau purut, halia, lengkuas dan sebagainya kini hanya menunggu hasil. Dapat kelihatan bunga-bunga kecil dari pokok limau kasturi dan insyaAllah akan membuahkan hasil tidak lama lagi.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor 'Kitchen Garden'
Muslim Aid Asia

Tuesday, July 15, 2008

Projek My Kitchen Garden: SUKSES!!!


Alhamdulillah, Projek My Kitchen Garden sukses! Nantikan report dan gambar2! Berita Kitchen Garden di surat khabar Sinar Harian hari ini (15 Julai 2008)!!!

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor Kitchen Garden
Muslim Aid Asia

Sunday, July 13, 2008

Majlis Perasmian Kitchen Garden

Semua dijemput hadir untuk majlis perasmian Kitchen Garden di ASDAF! Berikut adalah butirannya;

Tarikh: 13 Julai 2008
Masa : 4pm
Lokasi: Asrama Darul Falah, Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor 'Kitchen Garden'
Muslim Aid Asia

Friday, July 11, 2008

Projek Kitchen Garden di Sinar Harian


Projek Kitchen Garden telah mendapat liputan dalam akhbar Sinar Harian hari ini (11 Julai 2008) di muka surat S7!

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor 'Kitchen Garden'
Muslim Aid Asia

Wednesday, July 9, 2008

Part 13 Kitchen Garden: Benih bercambah


Pokok bayam yang disemai dalam bekas telur sudah mula bercambah. InsyaAllah hari jumaat ini akan dipindahkan ke tapak Kitchen Garden.

Pokok cili ini dibeli semasa ia kecil, dan kini sudah mengeluarkan bunga dan cilinya


pokok limau kasturi

pokok pandan

pokok serai wangi

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor 'Kitchen Garden'
Muslim Aid Asia

Thursday, July 3, 2008

Part 12 Kitchen Garden: Extra Power

hampir keseluruhan tapak kitchen garden telah ditutup dengan plastik hitam

Tarikh: 3 Julai 08
Lokasi: ASDAF
Masa: 5.30pm-7.00pm

Hari ini staff admin Muslim Aid Asia iaitu Ida dan kepulangan staff lama Muslim Aid Asia, Siti dan anak bos Muslim Aid Asia, Nazrin turut serta dalam menyiapkan projek kitchen garden ini. Hampir keseluruhan tapak kitchen garden dapat ditutup dengan plastik hitam.

Ida, Nazrin dan Siti bersama anak2 ASDAF

Nazrin bersama anak2 ASDAF

anak2 ASDAF yg rajin bersama token buah tembikai

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor 'Kitchen Garden'
Muslim Aid Asia


Part 11 Kitchen Garden: Plastik Itam lagi

Hazri dari MISC, Ina, Jennora dari Shell, Eyta, Amir dan Ilham

Tarikh: 2 Julai 08
Lokasi: ASDAF
Masa: 5.30pm-7.00pm

Kami masih meneruskan aktiviti aktiviti plastik hitam. Lebih banyak ruang di Kitchen Garden sudah ditutup dengan plastik hitam. Petang ini akan ke ASDAF dengan membawa lebih banyak plastik hitam.

batu yang digunakan untuk menahan plastik hitam dari terbang

lebih banyak kawasan sudah ditutup dengan plastik hitam

menikmati coklat yang dibawa oleh cik Jennora

Ilham turut serta mencangkul

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor 'Kitchen Garden'
Muslim Aid Asia

Wednesday, July 2, 2008

Part 10 Kitchen Garden: Plastik Hitam

Nasuha yang sedang tidur kerana demam


Tarikh: 1 Julai 08
Lokasi: ASDAF
Masa: 5.30pm-7.00pm

Plan semalam ialah menutup tanah dan rumput menggunakan plastik. Ini untuk memastikan agar rumput tidak menjalar ke kawasan tanaman. Leader Kitchen Garden iaitu Nasuha, kali ini tidak dapat turut serta kerana demam.

kawasan kitchen garden yang dilitupi dengan plastik hitam

Pengerusi ASDAF bertukar pendapat dengan Eyta dan Ina

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor 'Kitchen Garden'
Muslim Aid Asia



Tuesday, July 1, 2008

Part 9 Kitchen Garden: Baja


Tarikh: 30 June 08
Lokasi: ASDAF
Masa: 5.30pm-7.00pm

Ihsan (anak ASDAF) meletakkan baja organik tahi ayam



Im dari Petronas mengagihkan token untuk anak-anak ASDAF yang rajin

Kitchen Garden kali ini sudah mencapai 90% siap. Setiap tapak semaian dan tanaman ditabur dengan baja organik tahi ayam. Tumbuhan kacang panjang sudah mula menampakkan pucuknya, dan serai wangi yang sebelum ini layu, sudah kembali menghijau.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor 'Kitchen Garden'