Sunday, December 6, 2009

Kitchen Garden: Tanam Anak Pokok

Hari ini saya bersama staff Muslim Aid, Amir dan Mira bersama dua lagi sukarelawan Lela dan Tira menanam anak pokok di Kitchen Garden ASDAF. Antara pokok yang telah ditanam ialah anak pokok limau purut, limau lemon, limau kasturi dan juga anak pokok beri. Benih yang ditanam ialah betik. Anak pokok beri ini didapati di Pasar Tani Shah Alam. Anak pokoknya agak besar dan sudah mula mengeluarkan buah. Disebab harganya agak murah (RM15 sebuah anak pokok), saya pun membelinya untuk cuba ditanam di Kitchen Garden ASDAF.


pokok beri yang baru ditanam

buah beri

Amir menanam anak pokok purut

Mira dan Tira bekerja keras

Pada kebiasaannya, anak pokok limau purut ini mempunyai dua jenis. Pertama yang ditanam melalui biji, dan satu lagi tumbuh melalui batang. Menurut peniaga yang menjual anak pokok ini, yang tumbuh melalui biji ini lebih mahal dan pokoknya boleh tahan lama lebih dari 3 atau 4 tahun. Manakala yang tumbuh melalui batang, hannya boleh hidup antara setahun hingga 2 tahun. Harganya kurang berbeza, dari biji bernilai RM16 dan batang pula RM8 sahaja.

Projek akan datang, saya telah merancang untuk menanam pokok-pokok herbs seperti pudina dan oregano.

Muhammad bin Kamarulazizi

3 comments:

YUZIE AMIR said...

Salam..
ingin bertanya..dimana saudara beli anak pokok berry tu?
saya berminat nak tanam..dah lama mencari benihnya di malaysia.

academic said...

Interesting blog. It would be great if you can provide more details about it. Thanks you.

kitchen garden

Cikgu Anuar bin Mat said...

salam... sesaper berminat dgn POKOK MALBERI boleh order pokok mulberry/malberi/kertau rm5.00-rm15.00 sepokok.(tut,keratan batang shj,polibeg, boleh lawati blog: http://www.malberimulberry.blogspot.com
Boleh dipos ke seluruh Malaysia.
berminat,call/sms saya Anuar 013-9791736. 09-7985900.