Showing posts with label Muslim Aid Asia. Show all posts
Showing posts with label Muslim Aid Asia. Show all posts

Friday, January 23, 2009

My Kitchen Garden: Tanam Anak Pokok


Lokasi: Kitchen Garden ASDAF
Tarikh: 22 Jan 09
Masa: 5pm

Alhamdulillah semalam saya berkesempatan untuk menanam anak-anak pokok labu, bayam, bendi, kacang botol, kancang panjang bersama anak-anak ASDAF. Tanah di batas digemburkan sebelum memasukkan anak-anak pokok ini.

Projek My Kitchen Garden ini merupakan salah sebuah projek Muslim Aid Asia yang bertujuan untuk mengurangkan kos makanan rumah kebajikan ASDAF disamping mendidik anak-anak ASDAF ini tentang penanaman lestari (sustainable agriculture) dan khasiat sayur-sayuran.

Kitchen Garden sebelum ini telah menghasilkan sayur-sayuran seperti kacang panjang, sawi, bayam, kailan, petola, cili padi, serai dan pelbagai lagi.

Faizlan, Fadhilah dan Amirul

anak-anak ASDAF bergotong-royong

menanam anak-anak pokok

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Muslim Aid Asia

Thursday, January 8, 2009

Mencabut Rumput di Batas


Tarikh: 5 Jan 09
Masa: 3.30pm
Lokasi: ASDAF

Pada 5 Jan yang lepas, saya ke ASDAF untuk untuk melihat perkembangan di My Kitchen Garden. Bersama anak-anak baru ASDAF, kami telah mencabut rumput-rumput yang mula memenuhi ruangan batas. InsyaAllah minggu hadapan pada 16hb, pokok sayur yang sudah disemai akan ditanam di batas-batas ini.

Jeffri tekun mencabut rumput

Bayan dan Khairi juga mencabut rumput

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Tuesday, December 30, 2008

My Kitchen Garden: Cili Padi, Serai dan Kunyit!


Alhamdulillah hari ini Kitchen Garden di ASDAF telah mengeluarkan hasil lagi. Kali ini cili padi dapat dipetik. Saya sempat untuk mendapatkan serai dan juga kunyit hidup!

kunyit hidup

serai

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Sunday, December 21, 2008

Gotong Royong Kitchen Garden Fasa II


Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 21 Desember 2008
Masa: 8.30am

Hari ini saya bersama sukarelawan Muslim Aid Asia telah bersama-sama gotong royong untuk menyiapkan Projek My Kitchen Garden Fasa II di ASDAF. Setelah hasil My Kitchen Garden sebelum ini telah berkali-kali mengeluarkan hasil, kali ini Muslim Aid Asia menanam kembali sayur-sayuran baru sebagai permulaan untuk fasa dua. Sayur yang ditanam kali ini ialah bayam, sawi, limau kasturi dan cili padi. InsyaAllah setiap petang saya akan singgah di ASDAF untuk melihat perkembangan sayur-sayuran di sini. Untuk tahun 2009, Muslim Aid Asia merancang untuk mengembangkan Projek My Kitchen Garden di rumah kebajikan lain yang terpilih!

Muslim Aid Asia mengucapkan terima kasih kepada Faizal dari Petronas yang telah menyumbangkan pokok cili untuk My Kitchen Garden Fasa II ini.

pokok cili disumbangkan oleh Faizal

sukarelawan sarapan dahulu sebelum gotong royong

Ustaz Firdaus wakil dari ASDAF

Faizal bersama pokok-pokok cili

Amir turut hadir

Faizal menanam pokok cili

Eyta dan Powde

p/s pada yang minat untuk bercucuk tanam, mencangkul petang selepas kerja, boleh datang sertai kami:)

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Sunday, October 12, 2008

Sayur Bayam dan Kailan lagi!



Alhamdulillah, sayur bayam dan kailan telah mengeluarkan hasil lagi:)

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor Kitchen Garden
Muslim Aid Asia

Sunday, September 14, 2008

Kancang Panjang!

ustaz Firdaus bersama kacang panjang yang telah dipetik


Alhamdulillah, semalam kacang panjang telah dipetik dari Kitchen Garden. Menurut ustaz Firdaus, anak-anak ASDAF ini amat gemar makan kacang panjang ini bersama bubur lambuk semasa berbuka puasa:)

-Muhammad bin Kamarulazizi-

Supervisor Kitchen Garden
Muslim Aid Asia

Thursday, September 4, 2008

Hasil Merimpah Ruah!

sayur yang melimpah ruah

Alhamdulillah My Kitchen Garden mengeluarkan hasil lagi! Kali ini petola, kacang panjang, sawi, kailan dan bayam!

sayur-sayur yang dibasuh

Ehsan dan Adika bersama sayuran kitchen garden

Hari ini pelajar-pelajar dari UM dibawah jurusan Science Management telah datang melawat Kitchen Garden di ASDAF. Pelajar-pelajar ini menemuramah saya, Ustaz Hasmadi (Pak Abu) dan anak-anak ASDAF. Projek Kitchen Garden ini akan menjadi role model kepada rumah-rumah kebajikan lain, sekolah-sekolah dan individu yang minat dengan tanaman kitchen garden ini.

pelajar2 UM menemuramah Ustaz Hasmadi

pelajar UM menemuramah pelajar ASDAF

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor Kitchen Garden
Muslim Aid Asia

Monday, September 1, 2008

Petola berbunga

pokok petola yg berbunga

Sarisan mencuci sawi dan kailan

afiq bersama kacang panjang

Alhamdulillah, Kitchen Garden mengeluarkan hasil lagi!

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor Kitchen Garden
Muslim Aid Asia

Wednesday, August 27, 2008

Update Kitchen Garden 27 Aug 08


kacang panjang (string bean)

petola (loofah)

cili padi (hot chili)

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor Kitchen Garden
Muslim Aid Asia

Tuesday, August 19, 2008

Update 19 Aug 08!

sawi (mustard)


a place for the petola (loofah) to crawl

petola (loofah)

bayam (spinach) and kailan

Sayur sawi insyaAllah akan dimasak oleh tukang masak asrama untuk makan malam anak-anak ASDAF!

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor Kitchen Garden
Muslim Aid Asia

Monday, August 18, 2008

Update 18 Aug 08

Muslim Aid Asia's Kitchen Garden

sawi (mustard)

bayam (spinach)


petola (loofah)

sawi (mustard)

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor Kitchen Garden
Muslim Aid Asia

Thursday, August 7, 2008

Green Vegi!

petola

kailan

sawi

bayam

buang rumput

Tanaman makin membesar, alhamdulillah!

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor 'Kitchen Garden'
Muslim Aid Asia