Monday, February 23, 2009

My Kitchen Garden Terima Lagi Anak Pokok

Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 21 Feb 09

Masa: 2pm

Alhamdulillah, hari Sabtu yang lepas, sekumpulan sukarelawan dari Universiti Malaya telah ke ASDAF untuk berkongsi info dan pengetahuan tentang kitchen garden. Kali ini pegawai dari Jabatan Pertanian Gombak juga turut hadir berkongsi input-input yang cukup bermakna. Projek My Kitchen Garden ini telah menerima sumbangan anak-anak pokok dari sukarelawan UM serta dari Jabatan Pertanian. Antara pokok yang telah ditanam ialah anak pokok nangka, cili merah, dan daun kari. Sukarelawan UM memberi pendedahan kepada anak-anak ASDAF tentang kepentingan kitchen garden serta penanaman pokok secara kesuluruhan. Pegawai dari Jabatan Pertanian pula telah mengajar cara-cara untuk menjaga anak-anak pokok, serta kaedah penggunaan baja dan racun organik. Kami di YKMAM mengucapkan terima kasih atas usaha sukarelawan UM dan pegawai dari Jabatan Pertanian Gombak yang telah bersama-sama menjayakan kesinambungan My Kitchen Garden Fasa II ini.

cop tangan pada banner

pegawai dari Jabatan Pertanian Gombak memberi taklimat

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Friday, February 20, 2009

Rakaman Dokumentari Muslim Aid untuk Kitchen Garden


Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 19 Feb 09
Masa: 3pm

Alhamdulillah hari ini pihak JAKIM - RTM telah menyambung rakaman untuk dokumentari Muslim Aid dan kali ini di ASDAF. Rakaman kali ini meliputi program Orphan Aid yang merangkumi bantuan dalam bentuk pendidikan dan juga projek My Kitchen Garden. InsyaAllah tayangan mengenai dokumentari ini akan ditayangkan di RTM1 pada 9 Mac 2009 sempena dengan Maulidul Rasul. Masanya belum dikenalpasti lagi.



Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Friday, January 23, 2009

My Kitchen Garden: Tanam Anak Pokok


Lokasi: Kitchen Garden ASDAF
Tarikh: 22 Jan 09
Masa: 5pm

Alhamdulillah semalam saya berkesempatan untuk menanam anak-anak pokok labu, bayam, bendi, kacang botol, kancang panjang bersama anak-anak ASDAF. Tanah di batas digemburkan sebelum memasukkan anak-anak pokok ini.

Projek My Kitchen Garden ini merupakan salah sebuah projek Muslim Aid Asia yang bertujuan untuk mengurangkan kos makanan rumah kebajikan ASDAF disamping mendidik anak-anak ASDAF ini tentang penanaman lestari (sustainable agriculture) dan khasiat sayur-sayuran.

Kitchen Garden sebelum ini telah menghasilkan sayur-sayuran seperti kacang panjang, sawi, bayam, kailan, petola, cili padi, serai dan pelbagai lagi.

Faizlan, Fadhilah dan Amirul

anak-anak ASDAF bergotong-royong

menanam anak-anak pokok

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Muslim Aid Asia

Thursday, January 8, 2009

Mencabut Rumput di Batas


Tarikh: 5 Jan 09
Masa: 3.30pm
Lokasi: ASDAF

Pada 5 Jan yang lepas, saya ke ASDAF untuk untuk melihat perkembangan di My Kitchen Garden. Bersama anak-anak baru ASDAF, kami telah mencabut rumput-rumput yang mula memenuhi ruangan batas. InsyaAllah minggu hadapan pada 16hb, pokok sayur yang sudah disemai akan ditanam di batas-batas ini.

Jeffri tekun mencabut rumput

Bayan dan Khairi juga mencabut rumput

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Tuesday, December 30, 2008

My Kitchen Garden: Cili Padi, Serai dan Kunyit!


Alhamdulillah hari ini Kitchen Garden di ASDAF telah mengeluarkan hasil lagi. Kali ini cili padi dapat dipetik. Saya sempat untuk mendapatkan serai dan juga kunyit hidup!

kunyit hidup

serai

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Sunday, December 21, 2008

Gotong Royong Kitchen Garden Fasa II


Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 21 Desember 2008
Masa: 8.30am

Hari ini saya bersama sukarelawan Muslim Aid Asia telah bersama-sama gotong royong untuk menyiapkan Projek My Kitchen Garden Fasa II di ASDAF. Setelah hasil My Kitchen Garden sebelum ini telah berkali-kali mengeluarkan hasil, kali ini Muslim Aid Asia menanam kembali sayur-sayuran baru sebagai permulaan untuk fasa dua. Sayur yang ditanam kali ini ialah bayam, sawi, limau kasturi dan cili padi. InsyaAllah setiap petang saya akan singgah di ASDAF untuk melihat perkembangan sayur-sayuran di sini. Untuk tahun 2009, Muslim Aid Asia merancang untuk mengembangkan Projek My Kitchen Garden di rumah kebajikan lain yang terpilih!

Muslim Aid Asia mengucapkan terima kasih kepada Faizal dari Petronas yang telah menyumbangkan pokok cili untuk My Kitchen Garden Fasa II ini.

pokok cili disumbangkan oleh Faizal

sukarelawan sarapan dahulu sebelum gotong royong

Ustaz Firdaus wakil dari ASDAF

Faizal bersama pokok-pokok cili

Amir turut hadir

Faizal menanam pokok cili

Eyta dan Powde

p/s pada yang minat untuk bercucuk tanam, mencangkul petang selepas kerja, boleh datang sertai kami:)

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Wednesday, December 17, 2008

Kitchen Garden Fasa II

Kitchen Garden anjuran Muslim Aid Asia akan kembali lagi pada tahun 2009! Mari sertai gotong raya Kitchen Garden Fasa II di ASDAF pada 19 & 21 Desember 2008, jam 10 pagi hingga 5 petang! Pada yang berminat, boleh hubungi terus pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996 (Muhammad)

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor Kitchen Garden
Muslim Aid Asia