Saturday, May 22, 2010

Anak-anak Pokok Untuk Kitchen Garden


Benih yang ditanam dipejabat Muslim Aid sudah mula mengeluarkan anak-anak pokok. 14 jenis sayur-sayuran telah ditanam dan insyaAllah pada hujung bulan ini, gotong-royong untuk kemas kinikan kitchen garden yang sudah hampir 3 tahun di ASDAF. Kitchen Garden kali ini akan diterajui oleh pelajar praktikal Muslim Aid iaitu Ismail dan Muhardi.

pelbagai jenis anak pokok

bayam merah

Muhammad bin Kamarulazizi


Get your hydroponic E-book!

Tuesday, April 6, 2010

Pokok Peria Mengeluarkan Hasil


Hari ini pokok peria di Kitchen Garden ASDAF sudah mengeluarkan hasil. InsyaAllah dalam minggu hadapan projek Kitchen Garden di ASDAF akan kembali aktif!

Muhammad bin Kamarulazizi


Get your hydroponic E-book!

Sunday, December 6, 2009

Kitchen Garden: Tanam Anak Pokok

Hari ini saya bersama staff Muslim Aid, Amir dan Mira bersama dua lagi sukarelawan Lela dan Tira menanam anak pokok di Kitchen Garden ASDAF. Antara pokok yang telah ditanam ialah anak pokok limau purut, limau lemon, limau kasturi dan juga anak pokok beri. Benih yang ditanam ialah betik. Anak pokok beri ini didapati di Pasar Tani Shah Alam. Anak pokoknya agak besar dan sudah mula mengeluarkan buah. Disebab harganya agak murah (RM15 sebuah anak pokok), saya pun membelinya untuk cuba ditanam di Kitchen Garden ASDAF.


pokok beri yang baru ditanam

buah beri

Amir menanam anak pokok purut

Mira dan Tira bekerja keras

Pada kebiasaannya, anak pokok limau purut ini mempunyai dua jenis. Pertama yang ditanam melalui biji, dan satu lagi tumbuh melalui batang. Menurut peniaga yang menjual anak pokok ini, yang tumbuh melalui biji ini lebih mahal dan pokoknya boleh tahan lama lebih dari 3 atau 4 tahun. Manakala yang tumbuh melalui batang, hannya boleh hidup antara setahun hingga 2 tahun. Harganya kurang berbeza, dari biji bernilai RM16 dan batang pula RM8 sahaja.

Projek akan datang, saya telah merancang untuk menanam pokok-pokok herbs seperti pudina dan oregano.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, November 23, 2009

Kembali dengan Kitchen Garden


Hari ini saya bersama keluarga berkesempatan untuk melawat anak-anak ASDAF yang masih di asrama untuk peperiksaan SPM. Saya ke tapak My Kitchen Garden dan dapati kawasannya sudah diluaskan. Ini adalah usaha Pak Karim, salah seorang warden di ASDAF yang telah membina pagar kitchen garden ini. Katanya, masa cuti sekolah ini, bolehlah tanam lagi pokok-pokok serta sayuran di kitchen garden ini. Tanah dah subur kembali kerana hampir setiap hari hujan. Selepas ini, saya ingin dapatkan anak-anak pokok untuk ditanam di sini. Pada pembaca blog ini, kiranya anda juga boleh turut serta untuk hidupkan kembali projek My Kitchen Garden ini dengan menyumbang anak-anak pokok. Anak-anak pokok yang dikenalpasti untuk ditanam seperti anak pokok betik, limau purut, limau kasturi dan pokok-pokok lain yang dapat hidup lama.


cili dari My Kitchen Garden

pangkin yang dibina menggunakan buluh

pagar baru My Kitchen Garden

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, June 16, 2009

Update Kitchen Garden: Terung, Ubi Kayu dan Serai!

Projek My Kitchen Garden telah membuahkan hasil lagi. Dan kali ini ubi kayu, serai dan terung. Pelajar praktikal Naim, Izham dan Alias tiba jam 3 di ASDAF untuk mula membersihkan tapak kitchen garden yang telah ditinggalkan selama dua minggu semasa cuti sekolah. Aktiviti membersihkan kitchen garden ini akan mengambil masa seminggu supaya kitchen garden kelihatan cantik seperti asal.

Nurin bersama serai

anak-anak ASDAF bersama ubi kayu

pokok limau kasturi

Kiki bersama terung dan pokok jagung

Muhammad bin Kamarulazizi
Supervisor My Kitchen Garden

Sunday, May 24, 2009

Kitchen Garden: Gotong-royong Terhebat

Alhamdulillah, hari ini program gotong-royong berjalan dengan lancar. Pelajar praktikal Muslim Aid iaitu Izham, Naim, Ika dan Alias bersama rakan-rakan mereka dari UM dan tidak lupa Ain dan keluarganya bersama-sama membersihkan lokasi baru untuk tanaman kitchen garden. Turut serta seorang pelajar dari Jepun (student exchange) turut serta dalam gotong-royong ini. Tempat asalnya yang amat semak dengan sampah sarap, ranting dan dahan pokok, ketulan-ketulan simen, batu bata telah berjaya dibersihkan sepenuhnya. Kira-kira hampir 30 orang bersama anak-anak ASDAF terlibat dengan gotong-royong ini. Program ini bermula jam 9 pagi dan selesai pada jam 12.30 tengahari. Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat. Moga usaha ini mendapat ganjaran yang baik, insyaAllah.

anak-anak ASDAF yang gigih

membersihkan rating dan dahan

Naim menggergaji dahan pokok

tempat yang perlu dibersihkan untuk kitchen garden

sukarelawan dari UM

anak-anak ASDAF bersama pelajar dari Jepun

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia


Friday, May 15, 2009

My Kitchen Garden:Terung, Labu, Cili dan Bendi

Alhamdulillah, kitchen garden telah mengeluarkan hasil lagi dan kali ini ialah kacang panjang, bendi dan cili. Buah labu dan terung pula sudah mula berbuah selepas beberapa kali buah tersebut diserang burung. Projek My Kitchen Garden fasa 2 ini akan diteruskan oleh pelajar praktikal dari UM iaitu Izham, Naim dan Ika. Mereka akan bertanggungjawab untuk membuat sebuah buku manual untuk cara-cara menanam serta penjagaan. Buku manual ini akan dalam bentuk cetakan dan juga pdf. Apabila buku ini siap, orang ramai bolehlah muat turun secara percuma atau datang sendiri ke pejabat Muslim Aid untuk salinan percuma.

pokok terung yang sudah mula berbuah

pokok cili

anak-anak ASDAF bersama pokok bendi

pokok labu yang mula berbuah

Muhammad bin Kamarulazizi
Supervisor My Kitchen Garden