Thursday, June 19, 2008

Part 5 Kitchen Garden: Sumbangan dan Advice dari Pat Lu

Eyta, Pat Lu dan Ina

Tarikh: 19 June 2008
Masa: 2.30pm-5pm
Lokasi: TTDI

Hari ini kami menerima sumbangan serai wangi dan nasihat amat berguna dari Pat Lu, seorang forumer dari lowyat.net. Beliau amat berbesar hati dengan projek Kitchen Garden ini. Kami dijemput dan dijamu air di rumahnya di TTDI. Harapan kami selepas ini, lebih ramai yang akan menyokong dan membantu tidak kira agama dan warna kulit!

Pat Lu merupakan team volunteer dari Pahlawan Volunteer. Beliau juga terlibat dengan charity work di sekitar KL. Beliau terlibat dengan team Kechara Soup Kitchen (KSK Community) dimana mereka memberi makan kepada homeless atau lebih dikenali sebagai peminta sedekah di kawasan KL terutamanya di Pudu. InsyaAllah Muslim Aid Asia akan menubuhkan team volunteer khas untuk berganding bahu bersama (KSK Community) dalam membantu homeless di sekitar KL ini.

p/s atas kekeliruan orang ramai, Pat Lu ini seorang perempuan.

-Muhammad-
Supervisor 'Kitchen Garden'

No comments: