Monday, June 23, 2008

Part 7 Kitchen Garden: Tertangguh

Nasuha menceritakan masalah yang biasa dihadapi semasa sesi persekolahan

Kami tiba di ASDAF jam 5 petang untuk meneruskan projek Kitchen Garden ini. Akan tetapi, kelihatan beberapa anak2 ASDAF ini berpakaian kemas serta berkasut. Apabila ditanya kepada Nasuha, rupanya hari ini, 6 orang anak ASDAF akan dihantar pulang. Kesemuanya anak2 orang asli.

sedih bila dengar kisah anak2 ASDAF ini

Kami agak tersentuh apabila mendapat tahu yang mereka akan dihantar pulang. Kebanyakannya baru berumur 8 tahun. Dan mereka inilah juga antara yang paling rajin membantu menyiapkan projek ini. Perasaan sedih ini memang terasa dalam hati. Mereka dihantar pulang disebabkan tidak dapat menyesuaikan diri hidup di KL.

adik kepada Nasuha, yang juga akan dihantar pulang ke kampung

Menurut Nasuha (leader projek Kitchen Garden), mereka biasanya dibuli semasa sesi persekolahan. Kebanyakan pelajar tidak bergaul dengan anak2 ASDAF ini, lagi2 mereka merupakan anak orang asli dan ada juga yang anak yatim. Adalakalanya mereka dipow oleh murid sekelas. Disebabkan tubuh badan mereka yang agak kecil berbanding dengan pelajar2 di KL ini, mereka lebih terdedah dengan kes2 buli ini. Sebab inilah yang menjadi punca utama anak2 ASDAF ini ponteng sekolah dan ada yang menangis setiap malam.

game terakhir sebelum mereka pulang ke kampung malam ini

Saya tak dapat nak bayang, bagaimana pelajar darjah 6, atau baru sahaja berumur 12 tahun sudah pandai untuk buli atau meminta wang dari pelajar2 lain. Saya amat berharap agar anak2 lain di ASDAF dapat tabahkan diri agar dapat menimba pengetahuan dan pengalaman sementara berpeluang untuk belajar di ibu kota Kuala Lumpur.

Hari ini kami tangguhkan dahulu projek Kitchen Garden ini, dan insyaAllah akan sambung seperti biasa esok petang.

-Muhammad-
Supervisor 'Kitchen Garden'

No comments: